Carta Organisasi
Fungsi Bahagian
REKABENTUK KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR
Menyediakan rekabentuk konsep, rekabentuk awalan dan rekabentuk terperinci bagi projek yang dilaksanakan secara konvensional dalaman (in-house) berdasarkan keperluan dan skop projek.
Â
PENGHASILAN LUKISAN DAN DOKUMEN TEKNIKAL
Menyediakan pengiraan rekabentuk, lukisan kejuruteraan, spesifikasi dan dokumen teknikal yang berkaitan bagi tujuan pelaksanaan projek.
Â
KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL
Memberi pandangan, khidmat nasihat dan sokongan teknikal dalam bidang kejuruteraan awam dan struktur, termasuk mencadangkan tindakan yang bersesuaian bagi isu teknikal yang dikenal pasti.
Â
SEMAKAN DAN KAJIAN SEMULA REKABENTUK
Menyemak dan menilai rekabentuk, pengiraan serta lukisan kejuruteraan yang disediakan oleh perunding (projek konvensional perunding) atau pihak berkaitan berdasarkan keperluan dan keadaan projek.
Â
PINDAAN REKABENTUK
Menilai, menyediakan atau menyemak pindaan terhadap rekabentuk sedia ada berdasarkan keadaan sebenar di tapak, perubahan keperluan projek atau isu teknikal yang dikenal pasti semasa pelaksanaan.
Â
PENILAIAN TEKNIKAL DAN AUDIT REKABENTUK
Menjalankan penilaian teknikal dan audit rekabentuk bagi projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina (Design and Build) berdasarkan keperluan teknikal, spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan.





